Apa itu ‘High Ticket’ dalam Bisnes Ecom?

Image Not Found

Kalau anda biasa dengan dunia eCommerce, mungkin anda pernah dengar istilah high ticket. Tapi apa sebenarnya high ticket ni? Senang cerita, ia merujuk kepada produk atau servis yang dijual pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding produk biasa yang anda jual, selalunya RM1,000 atau RM3000 ke atas.

Berbeza dengan produk low-ticket (produk murah yang tujuannya untuk dijual dalam kuantiti banyak), high-ticket fokus pada jualan yang lebih sedikit tetapi dengan keuntungan yang lebih besar.

Jom kita kupas lebih lanjut.

Katalah sebagai seorang pemain ecom, anda jual sebuah ebook bertajuk ‘Panduan Memancing di Malaysia’ pada harga RM50. Ebook ini sesuai untuk golongan newbie ke pertengahan dalam sesuatu niche.

Kemudian anda buat pula satu produk yang jauh lebih tinggi valuenya daripada sebuah ebook yang anda hasilkan itu, anda buat beberapa buah video step-by-step untuk teknik-teknik yang lebih advanced atau panduan yang lebih senang untuk prospek anda faham. Anda jual dengan harga yang jauh lebih mahal iaitu RM500 kerana anda yakin value yang anda tawarkan daripada video step-by-step itu jauh lebih tinggi berbanding ebook tadi. Anda tak jual benda lain dah, anda jual benda ni sahaja.

Di sini, ebook anda itu adalah produk low ticket, manakala panduan video yang anda jual itu pula adalah produk high ticket.

Cabaran dalam Jualan High Ticket

Walaupun nampak menarik, bukan bermaksud high-ticket ni mudah. Ada beberapa cabaran yang anda perlu hadapi:

⚠️ Orang ambil masa nak buat keputusan
Tak macam beli barang RM10 di Shopee, produk mahal memerlukan trust dan keyakinan tinggi.

⚠️ Perlukan strategi pemasaran yang mantap
Kena ada funnel yang betul, bukan sekadar letak iklan dan harap orang terus beli.

⚠️ Perlu bina jenama yang kukuh
Kalau jenama tak dikenali, susah orang nak bayar harga premium. Social proof, testimoni & branding sangat penting!

Strategi untuk Berjaya Jual High Ticket

Kalau anda serius nak ceburi high-ticket eCommerce, ini strategi yang boleh bantu:

🔹 Gunakan Funnel yang Betul

Jangan harap pelanggan terus beli lepas tengok iklan. Bina sistem funnel – dari lead magnet, ke webinar, ke panggilan konsultasi.

🔹 Gunakan Storytelling & Testimoni

Pelanggan nak tahu kenapa produk anda berbaloi. Gunakan kisah kejayaan pelanggan untuk tarik minat mereka.

🔹 Fokus pada Customer Experience

Orang yang beli barang mahal nak layanan istimewa. Berikan servis premium seperti support VIP atau sesi personal coaching.

Persoalan,
Bolehkah solopreneur guna teknik high ticket ni?
Cuba komen dan beri pandangan anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top